Wednesday, April 16, 2008

PERKASA




PERKASA merupakan suatu subjek penting di UPSI di mana setiap mahasiswa dan mahasiswi wajib menyertainya semasa di semester 1 lagi. Subjek ini begitu penting kerana melaluinya mahasiswa dan mahasiswi UPSI di dedahkan dengan aktiviti seperti lawatan ke tempat-tempat menarik sambil mempelajari tentang ilmu kemasyarakatan serta aktiviti kawat kaki.

Aktiviti ini di adakan pada setip hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pelbagai perasaan menyeliputi jiwa seperti perasaan gembira jika komen yang di lontarkan fasilitator kami baik tetapi sebaliknya terjadi jika komen yang di lontarkan kepada kami agak mendukacitakan. Ini kerana, setiap kali perjumpaan kami akan di latih untuk melakukan kawat, maka jika kami tersalah langkah...habislah..kena marah tu tidak tapi bila kena tegur apabila melakukan kesilapan, malu juga bila di dengari oleh rakan-rakan yang lain..hehehe...walaubagaimanapun, kami menerimanya dengan sepenuh hati...jika dahulunya pada minggu pertama dan kedua kami kekok berkawat tetapi sebaik sahaja tiba minggu kelapan dan kesembilan kami sudah agak terbiasa dengan keadaan tersebut. Tapi, masih ada juga yang kekok berkawat...mengengkang..wah..wah..wah..objektifnya kursus ini adalah untuk menyemai perasaan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan bekerjasama untuk kumpulan. Secara keseluruhanya, aktiviti ini dapat di gambarkan melalui gambar yang di paparkan...ok

No comments: