Saturday, April 19, 2008

motivasi

Nampak gayanya hari ni aku begitu rajin menulis di sini...memandangkan tahap kebosanan yang semakin menebal akibat asyik menghadap buku je...boring jugak, tapi itulah hakikatnya demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang...di sini buka tujuan aku untuk mempromosikan atau menjual produk bagi pihak-pihak berkenaan tapi ianya adalah untuk mengongsikan sedikit maklumat berkenaan dunia motivasi dan dunia blogging...kedua-dua unsur ini memainkan peranan penting dan saling bertaut antara satu sama lain...ini kerana motivasi boleh di sampaikan melalui laman blog manakala blog boleh di jadikan medan untuk memberikan informasi berkenaan motivasi di kalangan masyarakat..

masyarakat umumnya memerlukan motivasi untuk bergerak dan manusia tanpa motivasi akan menyebabkan manusia itu sendiri tiada target dan matlamat hidup yang jelas...baiklah, dunia motivasi negara kita banyak di kelolakan oleh beberapa orang pemotivator yang terkenal contohnya, Dr. Hm Tuah Iskandar Al-haj dan Dato' Dr. Mohd Fadzillah Kamsah..mereka-mereka ini adalah antara insan yang menjadi idola aku sejak sekolah menengah lagi...jika anda semua nak tahu, setiap buku motivasi yang aku beli adalah tulisan dari salah seorang dari pemotivator terkenal ini..

Dr Tuah juga bukan sahaja menulis tentang motivasi tetapi juga menulis novel yang antaranya bertajuk original, enrique mengundang jauh dan sebagainya...

kepada para pembaca sekalian silalah mendapatkan bahan-bahan motivasi hasil penulisan mereka-mereka yang terkenal ini yang sememangnya berkualiti dan mampu untuk memeberikan hasil yang baik kepada diri anda!!

untuk episod yang akan datang...mudah-mudahan panjang umur, akua akan menceritakan pula tentang isi kandungan bahan-bahan yang aku sebutkan tadi...see u later..

1 comment:

tipahvogue said...

aikss...tipah baru jek dok abehkan assignment pasal motivation, alih2 masuk blog dia, citer pasal motivasi! cayalah!!!