Monday, April 13, 2009

Surat terbuka ahli EXCO Persatuan Pengguna UPSI sesi 09/10

Kepada mantan Presiden Persatuan Pengguna UPSI,
Sesi 08/09.

Assalamualaikum w.b.t.

Pertama, ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana memberi kami ruang dan peluang untuk berbakti kepada seluruh warga UPSI khususnya dan kepada seluruh masyarakat amnya melalui pemilihan EXCO dan MAJLIS TERTINGGI PERSATUAN PENGGUNA UPSI 09/10. Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada mantan presiden kerana memberikan saya peluang untuk mencurahkan bakti kepada persatuan melalui pelaksanaan program perubahan bermula dengan saya.. segala tunjuk ajar akan saya pergunakan untuk pengalaman dimasa hadapan, insyaallah...

kedua, mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan serta kekurangan semasa pengurusan mahupun semasa program berjalan. sesungguhnya, yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga datangnya dari Allah tetapi atas kelemahan, kekurangan, serta kecuaian diri saya sendiri....

terima kasih...

dari,
azuan.
EXCO PENDIDIKAN DAN PENYELIDIKAN,
PERSATUAN PENGGUNA UPSI.


Jawapan kepada azuan;

Wslm... pagi tadi apabila saya membuka email dan membaca surat ini, terharu dan sebak dengan penghormatan yang diberikan kepada saya..Persatuan yang saya bina 2 tahun yang lalu dengan pelbagai kekurangan akhirnya menuju ke puncak kejayaan yang gemilang.

Saya mengharapkan komitmen yang penuh daripada semua barisan kepimpinan baru persatuan untuk terus berbakti kepada mahasiswa upsi dalam memberi kesedaran tentang isu-isu kepenggunaan.

Kepada azuan, Teruskan kerja baik anda dan saya nampak anda mampu pergi jauh dalam aspek kepimpinan.

Ingat!! Kuasa ditangan kita.... Kuasa ditangan Anda!!!!!
Sekian,Terima kasih

No comments: