Sunday, April 04, 2010

Akta lindungi pengguna daripada peniaga tamak digubal

04/04/2010 4:32pm


BERA 4 April — Draf pindaan Akta Jualan Langsung 1993 yang telah diluluskan Jabatan Peguam Negara akan dibentang ke sidang Parlimen yang sedang berlangsung selepas dibincangkan dalam mesyuarat kabinet minggu depan.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, akta baru itu lebih adil dan mengelakkan pengguna daripada pengeksploitasian peniaga tamak.
"Di bawah akta baru itu, peniaga yang menipu mengadakan jualan langsung termasuk perniagaan gores dan menang bakal menerima hukuman denda yang lebih berat.
"Bagi peniaga perseorangan pula, denda RM1 juta akan dikenakan ke atas mereka dan syarikat pula bakal berdepan denda sebanyak RM5 juta, berbanding akta sekarang iaitu denda RM250,000 ke atas peniaga perseorangan dan RM500,000 ke atas syarikat,” katanya. - Bernama

No comments: