Debaran semakin terasa menaantikan kehadiran pelajar baru ambilan Julai bagi sesi 09/10 bagi kemasukan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploman Pendidikan Lepasan Ijazah di UPSI. semakin hari, semakin banyak persediaan yang kami lakukan demi menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru yang akan bermula ada 28 Jun ini. Walaubagaimanapun, manusia hanya merancang tetapi Allah sahaja yang menentukan.
Disebalik kesibukan menyediakan pelbagai peralatan untuk menyambut pelajar baru, ada juga segolongan sekretariat yang sempat menyertai lawatan ke Jogjakarta, Indonesia...haha, dengar macam seronok je kan! memang la, ape tak nyer, pi melancong la katakan..mereka yang pi adalah terdiri daripada golongan JMK (Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid)..
seronok nyer bertemu dengan kawan-kawan yang telah agak lame berpisah (walaupun hanya 4 hari..hahaha)..tambah-tambah lagi, dapat souvenior dari indon..tu yg paling best tu..sedang asyik berceloteh dan mendengar cerita dari mereka, tiba-tiba..............................................................................................................................................................
kedengaran pintu diketuk kuat..salah seorang daripada kami bangun dan membuka daun pintu yang tidak berkunci itu..sekali pandang macam angkawasan negara, bile diamati betul-betul rupa-rupanya, sekumpulan doktor dari pusat kesihatan upsi diketuai oleh dr noor safina datang untuk memeriksa kesihatan kami dan mengambil ujian suhu badan kerana di syaki pembawa virus H1N1..hahaha..aduh..aku yang tak pi indon ni pon, kena gak!..hai, ape lah malang nyer nasib..dah nasib badan..
oleh itu, selama 7 hari 7 malam le aku tak leh kuar dari 2-4-8 nie..kena kuarantin..nampaknyer tergendala la msk kerana ketiadaan nyer aku di situ..hahaha..
pesanan buat kekawan diluar sana, jagalah kesihatan n dapatkan rawatan segera jika anda demam, batuk, selesema dan sakit tekak..untuk pengetahuan juga, beberapa orang dari kalangan kami telah ditahan di wad isolasi hospital slim river untuk rawatan lanjut kerana demam yang agak kuat sekembalinya dari Indonesia.
No comments:
Post a Comment