Sunday, April 12, 2009

Peralihan kuasa.

Tanggal 11 April 2009 adalah hari bersejarah bagi saya dan persatuan pengguna UPSI memandangkan pada tarikh tersebut sidang mesyuarat agong persatuan bagi sesi ini diadakan bagi melantik bakal-bakal pemimpin baru untuk kepimpinan bagi sesi 09/10. Hari tersebut juga adalah hari bahagia memandangkan saya telah secara sah dilantik sebagai Exco Pendidikan dan Penyelidikan persatuan pengguna UPSI. Saya juga berasa amat bangga kerana mendapat Presiden baru bagi menggantikan presiden yang lama yang telah bersara memandangkan beliau telah berada di semester 7 sekarang ini dan akan menjalani latihan mengajar di SMK Trolak mulai mei ini.

Untuk pengetahuan semua, mantan presiden persatuan pengguna upsi ini adalah seorang yang amat saya kagumi. mengapa saya berkata sedemikian? persoalan tersebut sentiasa bermain dibenak fikiran mereka yang mendengar luahan rasa ini. Apa tidaknya, beliau merupakan seorang yang amat komited dalam tugas-tugas mengurus persatuan dan merupakan seorang yang amat cekap dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiranya. bukan terhenti setakat itu sahaja, tugas beliau dipanjangkan lagi dengan aktivit-aktiviti yang di anjur oleh persatuan yang dibnanya sendiri di kampung yang bertujuan untuk mendidik masyarakat dan remaja akan kepentingan pendidikan (RMK)-singkatan untuk Rakan Mahasiswa Kutan..

pengalaman yang beliau timba selama ini dicurahkan kepada kami yang berada dibawahnya dan kami sentiasa berasa selesa ketika menjalankan tugas bersama beliau. bukan sahaja mampu mengarah perjalanan program, tetap beliau sendiri juga menjalankan tugas-tugas bawahan yang kami sndiri rasakan tidak mampu untuk berbuat sedemikian. Insyaalaah, pengalman yang kami timba selama berkhidmat dengan beliau akan kami manfaatkan untuk menjalankan tugas dengan baik di masa akan datang.

No comments: