Monday, February 09, 2009

Panduan memilih air botol

Air minuman di dalam botol kini semakin popular dikalangan pengguna. Pengguna harus tahu mengenal pasti perbezaan diantara air mineral semulajadi dan air minuman yang di botolkan.

Air Mineral Semulajadi ialah air bawah tanah yang dikeluarkan untuk kegunaan minuman. Ia mengandungi pelbagai mineral seperti magnesium, kalsium, florida, sodium dan sulfat. Oleh yang demikian, air mineral semulajadi tersebut harus mematuhi standard yang disarankan oleh Bahagian 26, (Perintah 360A (7)), Akta Makanan 1985 (oleh Bahagian Keselamatan dan Kawalan Mutu Makanan).

Air minuman yang di botol pula merupakan air daripada bekalan air yang telah dirawat dan di botolkan untuk kegunaan minuman. Sumber air bagi air tersebut adalah air daripada bekalan air paip, air larian permukaan atau air bawah tanah.

Cara paling mudah untuk membezakan kedua-dua jenis air di dalam botol tersebut ialah:
• Penutup botol air bagi Air Mineral Semulajadi adalah penutup berwarna.
• Penutup bagi air botol bagi Air Minuman di dalam botol ialah penutup berwarna putih sahaja.

Selain warna penutup botol, pengguna juga harus membaca dan memahami label pada botol tersebut dengan teliti.

Mesej ini di bawakan oleh
Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan

1 comment:

zamil idris said...

Warna Penutup Botol Air Minuman
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/11/warna-penutup-botol-air-minuman.html