Monday, December 29, 2008

Sembah takziah.

Baru-baru ini kita telah di kejutkan dengan berita yang agak menyedihkan seluruh negara iaitu kemangkatan Allayarham Baginda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Kemangkatan Allayarham baginda amat dirasai seluruh negara amnya khususnya rakyat jati Negeri Sembilan memandangkan baginda adalah mantan Yang Dipertuan Agong yang ke-10. Baginda juga semasa hayatnya banyak berjasa kepada negara serta kepada negeri baginda sendiri. baginda cemerlang dan aktif dalam bidang sukan terutama golf, skuasy, tenis dan sebagainya. secara peribadi saya merasakan amat sedih dengan kemangkatan baginda almarhum.

Di doakan agar roh baginda berada dalam keadaan tenang dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman serta dicucuri rahmat...Al-fatihah...

No comments: